Sabtu, 07 Februari 2009

sejarah islam

== Nabi Muhammad s.a.w. ==
Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang [[Arab]] merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama [[Kristian]] dan [[Yahudi]]. [[Mekah]] ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat [[Telaga Zamzam]] dan yang paling penting sekali [[Kaabah]].

[[Nabi Muhammad s.a.w.]] dilahirkan di Mekah dalam [[Tahun Gajah]] (570 atau 571 masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim lagi selepas ayahnya [[Abdullah]] dan emaknya [[Aminah]] meninggal dunia. Baginda dibesarkan oleh pakciknya iaitu [[Abu Talib]]. Baginda kemudiannya berkahwin dengan [[Siti Khadijah]] dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.

Namun demikian, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.

Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke [[Madinah]]. Peristiwa ini dipanggil [[Hijrah]]. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.

Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota [[Mekah]]. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh [[Semenanjung Arab]] di bawah penguasaan orang Islam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar